Thursday, April 7, 2011

Jakarta March 2011 - Day 1

Day 1 - Jakarta

Penantian pada malam sebelum aku pergi, sungguh menyeksakan. Pesanan aku pada anak aku pada yang tinggal kat umah menjela jela.. panjangnya. Sampai naik bosan dorang mendengar. Kepada yang kat opis mahu pun yang kat umah.Mana tak nya 3 hari tak de kat office dan 5 hari takde kat rumah.



Seksa yang aku boleh kata kan menunggu hari ketibaan 31 March tu.. bukan apa cuma tak sabar nak pergi berjalan dan shopping . Shopping kan motip kesana. Walaupun dah berkali.






Kami bertolak dari rumah seawal 5 pagi. Mak pun tak siap lagi, wahal malam tu berkali pesan aku soh aku bangun awal. Lepas jemput mak kami ke Cheras jemput along zuna.







Ambik masa selama 45 minit je nak tiba di Airport LCCT. Aku ingat sejam setengah . Pukul 6.15 dah tiba di LCCT awal giler kan. Padahal flight kul 9.45pagi. Saje aku tipu dorang suma flight kul 9. Biar kita awal asalkan tak tertinggal. Setengah jam pas tu , Cikyoh pun sampai bersama Uni dan Kariah. Kami masing masing bawak sorang 1 beg..

Sapa punya beg yang besar giler tu.. Efy pun boleh dok dalam tu


Adoi muka pun sembab je kan perpagi dah bangun. ..



tengok tu tak reti dok diam, nak berdiri je all the time.. sampai nak terketuk kepala orang depan


Kami tiba di Airport Jakarta 1045 pagi waktu Indon. Dalam flight nak pengsan handle Efy. Kalau dulu dia kecik lagi, kali ni dah besar dah pandai jalan tak dok diam, perjalanan 2 jam.. haihh.


Imigration Jakarta took us for 1 hour to que up sebab kebetulan ketibaan jemaah umrah.. (umrah pun jemaah gak ke..hmm tak sure) pas tu mencari supir 1 hal, tunggu 45 minutes, panic betul sebab tak jumpa supir, padanla sebab nama aku yang dia tulis Ibu Ismi. .. salah dengar kata nya.. suka suka je..



tengok muka aku, panic giler takjumpa supir..



Ni la gambar Metro TA dan Tanah Abang yang korang mesti pergi!!! bila dah sampai Jakarta


Supir bawak kami terus ke Tanah Abang. Perjalanan ke Tanah Abang ambik masa 30 minit.. kat situ tersangat jam nak naik ke floor parking. Yang menyeronok kan, tengok permandangan the surrounding area. Kereta banyak.. tapi tak guna pun horn.. seniman jalanan pun ramai..mengemis.Kami tiba di TA pukul 2ptg.Kena segera pakau apa yang patut. Sebab TA tutup kul 5 petang.


Apa yang ada di TA ye... operation hour kul 9 sampai kul 5 petang , is mainly for borong/grocers.. kat sini la boleh harga borong dengan harga murah so setiap pembelian 3 pcs boleh dapat harga murah.. kalau lebih quantity lagi la murah... tuk segala barang. Tapi boleh beli jugak 1, 1. Mahal sikit nak di compare dengan harga borong. Bagi aku tetap murah bangat... Food court di lantai 8 .. macam macam makanan ada jual.. kalau yang dah biasa makan makanan Indon, semua ada just name it. Western pun ada. KFC pun ada.


Jam pukul 4.50ptg kebanyakan kedai dah pun tutup.. memang tak berlengah.. kami pun tak puas berjalan dan shopping di sana, infact Metro TA pun tak sempat nak pergi. Overall dalam waktu sesingkat selama 3 jam tu memang pengalaman yang best sangat. Bila kami keluar dari bangunan tu kereta dari lantai 9 tempat supir parking tak bergerak lansung ,kereta bergerak macam semut.. tidak berubah lansung dari kami tiba hingga waktu balik.