Wednesday, March 31, 2010

Efy admitted to hospital



Efy masuk hospital 3 hari since last sunday. Dari Jumaat lepas, mak ckp dia demam.Sabtu petang aku bawak pi klinik kita. Tak puas hati betul kalau pi klinik kita kalau pasal anak2 yang sakit. Selalu aku bawak pi specialist kat Ampang, ni pasal takde transport.Bukan apa menyampah dengan layanan dan service yg dorang bagi . Efy kena diarheo, muntah muntah dan demam ubat yg dia bagi ubat demam dan antibiotic, dr. tu kata takyah bagi ubat lain, bangang punya dr. Dah la sepatah sepatah bercakp nak tunggu aku tanya, temperature demam pun tak cakp tunggu aku tanya. Rupa dr. tu pun tak macm dr. Tention betul, malm Efy muntah dan diarheo lagi, the nxt day ahad petang baru dapat pergi Hospital. Punya la susah takde transport bila waktu waktu macam ni. Sedih betul. Efy kena masuk hopital selepas 40min menunggu.. First night esha teman overnight kat sana, the next day kesian kat dia takut tak selesa tido, Efy sampai ke pagi tak bolh nak tido merengek menangis sakit perut gamak nye. Second night tiub kat tangan dah kena bukak , pasal dia lasak sangat sampai hole tu pun dah jadi besar. Selasa aku mintak keluar walaupun efy tak baik sepenuh nye tapi aku dah bosan kat situ same goes to him, dia rindu rumah kot.. ashik sebut nama ena aje. Aku pulak risaukan apa dah jadi kat rumah dengan anak2 kat umah, mujur mak boleh tolong organise ena pi sekolah. Esha dah besar she can handle her self. Apa la nak jadi dengan tahun ni. Lepas satu satu hal jadik, dari aku ena dan efy masuk hospital..

Thursday, March 25, 2010

Day 3-5 :Bandung

Day 3 - Bandung . Orange House Guest House
Best and satisfied. Tapi yg penting kena dapat bilik di bwah sekali pasal boleh bg ikan koi makan depan bilik , kat veranda boleh lepak dan disediakan minuman free, 3 in 1 buat sendiri. Kat sini most of the visitor are from KL Malaysia. Breakfast served free . The food not so bad, tapi tak leh nak harap sedap sgt pasal free. They served simple food aje, sepanjng aku dok sana, yang penah aku makan , maggie indomee goreng, nasi goreng rencah fishcake tak la sedap sgt, cucur mix vegie , tempe goreng tepung, yang ni memang sedap. Pasal KL tak jumpa benda ni. Owner of the guest house name dia Pak Irvan gantang sekali dan isteri pun peramah dan baik hati. Aku suka guest house ni yang rasa mcm kat rumah, reception dia hias kerusi mewah dan deco yang cantik sgt dan sungguh selesa tuk menungu sementara dapat kunci tapi tak sempat nak ambik gambar.. kecoh ngan budak2, anak aku qilfy pun pandai dan tak nak turun dari sofa cantik tu..




Deco dalam family room - cantik sangat mcm kat umah, bed sheet tu kalau kat kl harga nya ada la dlm Rm200-300 kot.







Kejap dah Day 3, Supir tunggu di lobby lepas bfast bawak aku jumpa Pak Sany yg berada di rumah Ebo. Setlle suma bayaran tuk transport. Pak Sanny is the owner of Rumah Ebo. Aku sempat gak jenguk rumah ebo, Rumah ebo tak la cantik sgt nak banding dengan orange house pasal Rumah ebo aku rasa deco terlalu usang. Serounding pun usang gak..

Factory Outlet
Hari ni Supir bwk pi Grande Fo dan Fo lain yang berdekatan, kat Grande aku beli baju anak2 je, baju shirt polo Efy beberapa helai dan seluar gap, bayk lagi yg murah tapi brand not so reconize dan blh dapat kat kl.

For Qairina dan Esha aku beli di Jetset. Jet set byk gak collection for their age.Brand kat situ bayk Polo, Baby Phat.. kami singgah terminal Tas, jual barangan kulit, tapi bukan kulit pun, dan tak cantik , bukan taste kami pun. Tapi Ae ada beli wallet hand carry bag for himself .Lepas tu singgah Rumah Diaz.




Qairina berposing depan FO Jetset, camni la rupa bangunan FO kat sana.

Rumah Diaz
Kat sini , sesapa nak carik handbag boleh dtg sini, tapi a bit pricey. Banyak gak design yang berkenan di hati tapi memandang kan duit pun dah surut so hand bag tak jadi beli cuma dapat sweater ralph lauren cumaRM25.

Simpang Raya Restaurant
Lunch kami pergi Simpang raya, sekarang restaurant tu dah tukar nama. Kat sini memang murah, lauk sama je mcm warung tom yam kat KL harga nye.Tapi pasalkan kami ni keluarga budget, jadi order lauk pun biasa biasa aje. Kami pilih meja ala2 pangkin.. Makan lunch saje kat situ ada la lebih kurang RM60 tuk kami semua.




Toko 3
Lepas lunch kami ke Toko 3, kat sini famous dengan jeans Levis original. Aku beli 2 pasang tuk diri sendiri, sepasang tuk abak dan As. Harga ori levis dlm RM135, for latest design. 20-50% discount. KL mana nak dapt discount byk cam gitu .

D'Cost Seafood
Restaurant ni murah sangat for seafood. Tapi masa kami sampai dah kul 7 , betul kata supir tu kena pergi awal. Aku rasa kul 7 for dinner memang dah awal. Kat KL kul 7 baru nak minum petang . Food yang tinggal pun tak banyak choice. Kami ordered je apa yang tinggal. Memandang kan Mak ngan Liza tak makan Ikan Garume (ikan talapia) kami order makanan lain, aku ngan coboy je perabis kan ikan tu. Ikan Garume bakar famous kat bandung. For dinner at this restaurant its only Rm90 for all.
Day 4, - Pasar Baru Bandung
Kami ke pasar baru. Beli kain tuk sendiri cotton pun cantik cantik takla murah bebenar, tapi beli gak takut kempunan, tak kan dah jauh2 datg balik tangan kosong.. dapat beli kain cotton dari kedai kain Sakinah jumpa Pak Irwan uhhhh handsome bangat, aku cam muka dia pasal muka dia famous kat forum cari . Apa lagi ambik kesempatan la mcm kan kenal sgt dapat la discount. 4 meter for good cotton Rm28 sepasang.hehhe Mak pulak dah shopping sakan kat Butik lain.. dia beli for herself dan untuk cucu cucu dia..takut nanti tak jumpa pulak kedai tu so ok la. Harga pun not much different. Aku pulak beli telekong kat Toko Laris, tingkat 2, orang kata jenis kain tu kalau kat KL RM300. Tapi aku dapat beli dan discount Rm60 .Kat tingkat 6 pasar baru banyak handbag, these shop near to food court. Tapi kami dah nak pengsan jadi tak jenguk lansung. Kat floor foodcourt ni ada live band lagi.. suara minah indon tu sedap di dengar. Makanan kat food court ni banyak variety .. lepas makan for 1 hour kami gerak ke FO lain. I would recommend from this foodcourt Ikan Garume bakar dan juice alpukat (juice avocado + choclate) hmm yummy. Ikan Grume RM5. Juice Alpukat Rm2.50 waduhhh sedap bangat.

Chimbaduyut, ayi nak pi carik barang kulit.All guys went, kami jaga anak kat dlm keta. Kami beli ole ole makn di area situ. Nyesal pulak tak beli kacang Indon dan pisang salai banyak2 tak sangka pulak sedap, beli sepeket je tuk makan sendiri. Next time kena beli banyak sikit ole ole ni.. tak tahu la bila lagi nak pergi. Tapi yang beli hari tu sepeket sejenis pun dah mcm nak pengsan hand carry. Lepas dari beli ole ole, supir bawak kami ke Paris Van Java.

Paris Van Java
Is a shopping complex, boleh tahan cantik tempt dia , tapi tak turun pun dari kereta pasal hujan lebat, cuma aku sempat beli J&Co donuts, J&Co donut sana murah sgt, 1 box for 24pcs dapat RM20 .



Rumah Mode
Rumah Mode is one of the famous FO . A bit pricey, banyak branded clothing , tapi tak banyak variety for kids.I bought MU tshirt for Efy for Rm25.

Dinner we had at Pizza. Sebab dah jelak dengan makanan sunda. Pizza kat Bandung berbeza betul rasa dari KL. Not recommended. Aku rasa org KL lain dtg pun tak cari Pizza. Anak aku dah jemu jelak ngan makanan Indon.. so terpaksa la ikut kehendak dia. Bila balik hotel berlambak lambak Pizza kami bagi pada budak2 hotel.

Day 5
Check out dari hotel kul 10, lepas berkemas dan minum pagi , kami check out terus. Pak Darus bawa kami je DSE.

DSE
FO mcm FOS kat sini, kasut murah2.Lupa pulak brand dia , tapi kat sini kasut tu mmg mahal. Banyak baju murah jugak tapi aku tak minat sangat.

Amanda Brownieeee hmmm yummy.
Kat sana ada 2 FO famous salah satunya Karitka Sari, aku pun tak tahu mana sedap, tapi supir tu pun kata dia jarang bawak orang KL pergi Amanda, selalu nya dorang akan pergi ke KArtika Sari, aku dah beli baru dia ckp, mungkin Kartika Sari lagi sedap la kot. Kat Airport pun aku tak nampak org carry bag brownie Amanda. Untuk sedap kan hati takpe la , lain kali aku pergi aku beli kat Kartika Sari. Brownie kat Amanda not bad too, pasal aku pun tak reti nak banding paling sedap brownie cheese hmmm melt in your mouth.




Lepas saje shoping brownie kami terus ke Airport... mcm biasa la takut kena tinggal kapal, so dok kat Airport berejam la jugak . Overall trip for this time, memang seronok, tapi need a lot of money la, cuma tak beli apa pun untuk orang orang KL. Bagi aku kalau berkeluarga memang kena ada supir, bila ada supir memang semua berjln lancar, tak payah sebuk nak cari teksi, siap shopping dorang yang teman, barang shopping supir yang bawak kan, ala ala mak datin gitu. Mana nak dapt layanan cam gitu kat sini. Lagipun senang bila dah banyak barang supir akan simpan barang kita dlm kereta. Dan kita boleh sambung shopping sampai pokai. Pasal duit lebih baik la tukar siap siap kat KL pasal rate kat sana mahal nak banding KL rate.




Efy di apit oleh peminat peminat .

Airport Bandung kecik je, yg leceh nye bertangga,nak ke kapal pun kena turun tangga, kalau takde baby dan org tua, takpe senang tapi kesian kat dorang macm mak kena bejln jauh ke kapal , yg lain lain sebuk ngan hand carry masing2. Seelok nye chek in je barg. Atas kapal aku dah duduk sedap- sedap ,pasal pesan kat esha soh carik tmpt best, org datg soh aku bangun, sumpah aku tak tahu pun ticket bernombor,ingat free seating. Buat malu je kelakar betul. semua kena alih kecuali family coboy. Mungkin seat yg coboi dok tu org malas nak argue kot.



Atas flight efy bukan main lagi di dukong dengan stewardes Indon yg cantik cantik.. hehe.
Selamat tinggal Indon , sampai ketemu lagi...

Monday, March 15, 2010

Ena kena denggi


Seminggu aku di keluarkan dari Hospital, Qairina kena high fever, rashers kat tangan macam menunjuk kan dia dapat denggi, aku rush her to Ampang Puteri Hospital kul 10 malam masa tu blood count dah nampak. Tapi aku nak dtg the next day dengan berharap, blood count is getting better, the next day aku datang, follow up check up. 2 jam jalan emergency ward, terus masuk ke ward biasa. Tingkat 6 childrens ward, dapat bed berdepan dengan pintu masuk, haru betul bukan bising dengan budak2 tapi suara mak bapak diaorg yang gamat.
Second night aku request bed lain, aku complain bising. These room is much more better. She was admitted for 5 nights. Nasih Yin ada boleh gak tengok tengok dia during day time. 2 night daddy dia yg jaga stay for the night yg lain aku , pergi kerja dari hospital .

Wednesday, March 10, 2010

Pembuka 2010

Ini la tanda tanda denggi.

31hb December pembuka 2010 aku kena demam denggi. Seminggu demam tak kebar, pergi Klinik kata aku rashers pergi klinik kali ke 3 aku decided nak buat blood test, tapi klinik tu tak leh nak buat sebab hari sabtu , lab tutup. Aku dapat surat aku pergi Hospital Ampang, Ampang sah kan aku disuspect denggi dan ditahan di emegency wad selama 5 jam, kena drip water 1 beg. tapi aku boleh balik rumah, syarat aku kena minum banyak . Keesokan hari 2 hb (ahad) aku dah sakit dada kat rumah, rashers kat muka dan seluruh badan dah penuh, mak ai gatal tak leh nak ckp wahal aku ingat kena measels dah minum air kelapa 2 biji tapi masih gatal. Setahu aku kena demam campak tak patut gatal gatal. Tapi aku pun boleh agak ni dah sah kena deggi, pasal badan lemah. Masa sakit dada, suami takde rumah, pg outstation. Dada sakit takleh nak nafas aku call coboy dia rush dtg bawak aku pi Hospital, mak pun sama datang dengan muka panic hehhe, kelakar bila teringat.

Sampai hospital aku di tahan di emergency ward aircond punya la kuat sejuk sampai ke tulang, aku kat situ selama 2 jam pas tu baru dapat naik ke wad.

Hospital Ampang. camne la boleh sampai ke sana. All these while ke Ampang Puteri saje. tapi panic nye pasal, dan cash takde kat tangan, nak masuk wad kena deposit. Jadi sebb tu sume aku terpaksa ke Hospital Ampang. On first day nurse admit aku kat store room. Tempat simpan ubat2, aduh sedih betul, aircond pun takde, katil sebelah tingkap. Langsir terbang bila di tiup angin. Malam pertama aku kat situ ribut kuat, jadi langsar tu terbang kuat, nurse kat situ boleh tengok je, bukan reti nak tutup kan tingkap tu. Aku kuat kan diri panjat kerusi tutup. next bed aku makcik tu bagi aku tension... membebil tak renti.

Second nite aku dah pun di pindah kan ke ward lain. Memang aku request nak ke bilik lain, nak first class la, konon, katanye takde ward kosong masa first day aku kat situ, aku dapat pindah second day...syukur sgt, sebb dah berjauhan dengan makcik tu.. dah la bising dah tu cerewet. Aku dpt 4 beded ward kat situ selesa sngt, masa kat situ tak la rasa mcm dok hospital kerajaan. 5 hari dlm ward. Selama disana takde org lain pun datang melawat aku , selain abak dan ae je. Office mate nak dtg pun aku tak bagi,,ish rasa mcm sedih lak aku org datang tengok aku kat atas katil spital ni. Rindu kat anak tuhan je yang tahu. Selama kat hospital tak dapat jumpa anak anak lansung. Ni la dia hospital kerajaan. Aku rasa spital kerajaan lain tak pun cam gini.

Discharged hospital after 5 days admitted. Tunggu surat dr pun berejam petang kul 4 baru dapat keluar, pi bayar bill Rm3 je punya la terkejut, kata cashier tu denggi case memang free, syukur sgat sgt.

Monday, March 8, 2010

Raya 2009




Raya, 2009 our theme for this year is green... Tahun ni Coboy and family tak dapat bersama sama pasal anak perempuan dia demam panas.





My Little boy





7,8,9bulan
anak mama dah besar, kejap je rasa qilfy dah besar.. masa berlalu begitu pantas.. am just miss the moment.


Sunday, March 7, 2010

Jakarta - Bandung Day 2

Day 2 Jakarta - Bandung
We heading to Bandung, kami sefamily tak penah naik coach best cam ni. Sepatut nye akuyg ada van pregio aku takut gak kang kena charge mahal.Rupanye supir kata bagi coach tu dia bagi pregio price. Pasal pregio dah kehabisan..hmmm seronok la sangat. Gayat betul. supir yang di janji kan tak tiba, supir yang lain sampai. Supir ni pun tak best, bercakap pun tak nak, dan temper sikit perangai dia. Aku nak pi pasar mayestik beli cotton but he refused,orang kata pasar mayestik ala ala mcm Nilas 3 yang jual kain tu . Tapi dah supir tu tak nak bawak dia kata macet buk, then terus ke Safari Bogor, dia complaint tak nak, macet kata nya. Mmg la suma tempat jam kat Jakarta ni.. kami ke Safari 2 jam perjln memang tersangat la jauh .. Permadangan perjalanan di sana mcm nak ke faser kot, hentah faser pun akau tak penah pergi, cuaca sejuk aman sangat, tepi jalan ada decoration diperbuat dari daun kelapa sungguh creative...I decided to go to Safari tu sebab ada la hiburan sikit tuk anak2 especially Efy, he had a good time and realy enjoy, he loves to see animals.. Muncung mula la panjang bila nampas something yang dia suka. Padahal Safari Zoo bogor is not our itinerary.


Safari Zoo Bogor,Indonesia
Entry per person 60,000 converted RM22.50 I have to pay for everyone, belanja suma including the supir. Prejalanan dlm tu 2.5 jam pas tu hujan tak dapat la nak tengok free show. Dapat beli survenior from Safari Sourvenir shop kat situ only for Efy and Ena , tak beli for Esha sebb takde size for her. Abak beli for himself tu pun tuk Efy yang tengok thsirt with all the animals picture at front, yang lain dok dlm keta pasal hujan. Kami keluar waktu Jawa kul 3ptg.

Jagung bakar
On the way ke Bandung lalu ladang tea, makn jagung bakar di tepi lereng bukit ladang tea. Jagung bakar kat sana memg sedap dan manis, ada mcm mcm perisa klau nak, kami ordered , manis, masin , pedas.. minum kopi panas, mmg best atmosphere kat situ dingin je.. Actualy we were looking something for lunch, tapi adala jual kat tepi tebing ladang teh tu tapi mcm tak menarik. Kami dapat dinner pun dah hampir kul 7 kat local restaurant. Sana jam 7 dah macam waktu kita pukul 9. Kami tiba di hotel Orange house at 8.30mlm.

2010 Family trip - Jakarta - Bandung



Family trip ke Indon tahun ni.

Sampai gak aku ke Indon but kali kedua tapi dulu pergi Medan masa anak takde tapi this time Jakarta with whole family. Beli ticket since tahun lepas dlm bulan 6.Jakarta - Bandung trip mmg best. Kami tiba di LCCT kul 11 lebih naik skybus dari kl central, departure to Jakarta kul 1.40.Rupa nye check in internaitonal perlu 3 -hours before departure. Aku dan yg lain berderet deret beratur tunggu nama di panggil. Masa yang sama bengang betul ada mat indon ni jump q. Dalam hati kata ni baru kat airport dah nampak belang , belum lagi aku jejak kaki kat sana. Scary ..

Kami tiba di Jakarta Airport 2.30 waktu Indon, Airport Jakarta besar, tiba di counter boarding pas tak cukup untuk Efy dan Yana, stewardes tu pun tak pulak bagi tuk dorang, jadi dah que lama, kena patah balik, masing masing muka panic ingat apa la hal nye, pergi mintak pass kat counter lain, pas tu baru lepas.
Tunggu supir 1 jam aku tunggu, masa terbuang cam tu je, dah la aku nak kejar kan Mangga 2 sebelum tutup. Cuba call bagai nak gila dapat la jugak, kalau tak taxi blue bird dah berderet menunggu. Supir tu pau aku duit lebih dia mintak, tapi malas nak bertekak bagi je..Dari Airport ke hotel lebih kurang setengah jam jauh gak, supir bawak kami pi makn kat Restaurant Bonda, depan ITC, boleh tahan jugak la mahal makanan kat situ. Terbang la RM100++ for all. Supir antar kami ke hotel dan dia drop off kami ke Mangga 2 Shopping mall.

Mangga 2 ITC
Mangga 2 shopping mall dah nak tutup bila kami tiba, mak ai, kami capai barang tuk beli dan tak pikir lama, pasal lampu dan aircond pun dah tutup , org kedai pun dah kemas, seronok gak shopping mall tu . Murah sangat kat kl pun tak dapat brg murah kat situ . Dpt beg for myself, 2 pair shoe for esha tu jeee. Kul 6, suma kedai dah tutup pelik tul asal la cepat sgt... Byk brang tak sempat nak tengok. Kami ingat nak repeat the next day tapi tak sempat pun sebb leceh with kids around.

Ibis Mangga 2 Hotel Apartment.
We walk back to the hotel.Its only walking distance actually, tapi along the road sungguh menakut kan, dan kotor, org meniaga dan makan di tepi jalan , traffic realy bad , driver sume brutal tak ikut law...Nak menintas jalan pun kena angkat tangan, sapa berani dapt la melintas cepat, kalau tak berani dok la berejam tepi jalan tu . Traffic light dorang tak guna.. balik hotel punggah barang rampasan dari Mangga 2.

Ibis Manga 2 Apartment , its only basic interior , water heater pun rosak, bath room pun teruk. Mmg tak recomend lansung sesapa yg nak pergi tu.Gambar pun tak ambik lansung di hotel tu cuma lobby je.

The next day we all departure about 9am. Heading to Bandung.










































































































































































































precious kids

Salam, lama betulaku tinggalkan blog ni. sebuk dengan tugasan harian.... cerita anak2 yang tak penah lekang qaisara she got goodresult in her UPSR exam. Am so proud of her. Sungguh mengejutkan,aku selalu pandang rendah, nagging her, mana taknye aku tak penah nampak dia study kat umah, tengok tv sampai ke tengah malam, tv tak penah baca, harap kan tuition aje.Aku bersyukur. She decided to go to boarding school, aku pun cuba submit forms. Tapi tak dapat tapi looks a like dia pun tak kesah .

January - anak anak back to school, qairina to standard 3, esha lak dah ke form 1.Esha naik ke CBN secondary aje.. Dady dia tak nak hantar ke asrama kata nye nanti banyak masalah. Aku pulak pikir elok antar ke asrama biar dia berdikari. End up masuk kat CBN secondary je. But she still happy kawan masih ramai kat sana.